Animasi dalam Python Sesi 1
23 April 2026 | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan Pintar dibawah TinyTechies NADI telah menganjurkan Program Animasi dalam Python Sesi 1. Ia bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas penghasilan animasi dan permainan ringkas menggunakan aplikasi mBlock. Melalui sesi ini, para peserta didedahkan dengan cara menghasilkan permainan asas menggunakan Python melalui platform mBlock.
Sepanjang program dijalankan, pelajar telah mempelajari pelbagai kategori blok coding yang terdapat dalam aplikasi mBlock seperti motion, looks, sound, event, control, costume, sensing, operators, variables dan myblock. Selain itu, para peserta turut diberi penerangan mengenai asas koordinat 2D iaitu garis x dan y bagi membantu mereka memahami kedudukan sprite dalam skrin.
Para pelajar juga berpeluang mencuba sendiri setiap blok coding yang terdapat dalam aplikasi tersebut. Mereka mempelajari cara memahami koordinat sprite, memasukkan bunyi, mengubah kedudukan sprite, menambah latar belakang serta mengawal pergerakan sprite dalam permainan yang dibina.
Mereka juga diajar cara menggunakan pemboleh ubah atau variable untuk menetapkan peraturan dalam permainan yang dijalankan. Mereka juga mempelajari cara memasukkan kesan bunyi yang bersesuaian dengan paparan skrin bagi menjadikan permainan lebih menarik dan interaktif.
Seterusnya, turut didedahkan dengan cara menambah karakter atau sprite sebagai halangan dalam permainan yang dibangunkan. Mereka turut mempelajari penggunaan blok “if” bagi membolehkan sesuatu tindakan berlaku berdasarkan syarat tertentu dalam permainan.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang pengaturcaraan asas serta memberi peluang kepada mereka untuk memahami konsep animasi dan pembangunan permainan secara lebih kreatif dan menyeronokkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: